Pemimpin Terengganu zahir ucapan takziah

Ahmad, Razali dan Ahmad Samsuri
Ahmad, Razali dan Ahmad Samsuri
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Pemergian pendakwah terkenal, Allahyarham Datuk Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz pagi tadi nyata mengundang kesedihan pada semua peringkat masyarakat, termasuk pemimpin-pemimpin di Terengganu.

Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang turut terkesan dengan pemergian tokoh itu, turut menzahirkan ucapan takziah dalam coretan pada laman Facebook rasminya.

“Mewakili Kerajaan Terengganu, saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Datuk Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz yang telah kembali ke rahmatullah pagi ini.

“Semoga rohnya dicucuri rahmat dan digolongkan bersama para solihin,” katanya.

Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said turut mengucapkan salam takziah kepada keluarga Allahyarham.

“Innalillahiwainnailaihirojiun Datuk Seri Ustaz Abu Hassan Din Al Hafiz telah kembali ke rahmatullah. Salam takziah kepada keluarga Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al Fatihah,” katanya dalam Facebook rasminya.

Pengerusi Bersatu Terengganu, turut berkongsi kesedihan yang sama dan menyifatkan beliau sebagai Penasihat Agama Terbaik kepada Yang Dipertuan Agong sebelum ini.

Allahyarham sebelum ini merupakan bekas Penasihat Agama Istana Negara, dan pernah bertugas di Pusat Islam pada tahun 1976, sebelum berkhidmat di Masjid Negara pada tahun berikutnya sehingga memangku jawatan Imam Besar.

Artikel Berkaitan: