Pinda Akta 355: Kerajaan PH jangan 'U-turn', pesan Pas

Andansura
Andansura
A
A
A

KUANTAN - Kerajaan Persekutuan diminta tidak membuat U-turn untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355).

Timbalan Pesuruhjaya Pas Pahang, Andansura Rabu berkata, pindaan tersebut dilihat mampu memperkasa institusi Mahkamah Syariah di negara ini.

"Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang, sebelum ini ada mengusulkan agar pindaan terhadap akta ini dilaksanakan kerajaan.

"Jadi, kita harap pihak kerajaan tidak membuat U-turn selepas menyatakan kesediaan untuk meminda akta ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Semalam, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Fuziah Salleh mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan berhasrat meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) sebagai langkah dan komitmen negara memperkasa Mahkamah Syariah secara komprehensif.

Selain penambahbaikan dari segi menaikkan kadar hukuman, Fuziah berkata kerajaan akur bidang kuasa mahkamah berkenaan terbatas dengan peruntukan mengikut Akta 355 dan had hukuman diperuntukkan ada kalanya tidak setimpal dengan kesalahan.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Andansura berkata, Pas menyambut baik hasrat kerajaan dalam usaha memperkasa Mahkamah Syariah.

"Cadangan yang baik itu diharap dapat dipertimbangan segera," katanya.

Artikel Berkaitan: