Penerima anugerah OKU tekad buktikan OKU pekerja produktif, proaktif

Para pekerja meraikan Sambutan Hari Pekerja 2019 yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini. Sambutan kali ini bertemakan 'Pekerja Amanah, Aspirasi Negara'. -Bernama
Para pekerja meraikan Sambutan Hari Pekerja 2019 yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini. Sambutan kali ini bertemakan 'Pekerja Amanah, Aspirasi Negara'. -Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Penerima Anugerah Tokoh Pekerja Negara kategori Orang Kurang Upaya (OKU) 2019, Azian Sofia Amin, tekad membuktikan golongan OKU juga boleh memberi sumbangan kepada negara sebagai pekerja yang produktif dan proaktif.

Pensyarah Kanan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berusia 35 tahun itu mahu lebih ramai majikan memberi ruang kepada pekerja OKU untuk bekerja dan menghapuskan diskriminasi kepada pekerja OKU.

"Kepada golongan OKU, jangan putus asa dan buktikan kita boleh memberi sumbangan kepada diri, keluarga dan orang lain," katanya.

Beliau yang berkhidmat di UKM selama sembilan tahun kehilangan kaki kanannya selepas menghidap kanser tulang ketika berusia 16 tahun.

Azian Sofia merupakan antara penerima 11 kategori anugerah sempena Sambutan Hari Pekerja 2019 bertemakan "Pekerja Amanah, Aspirasi Negara" yang disampaikan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sempena sambutan Hari Pekerja di sini hari ini. Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) Datuk Jaseni Maidinsa Meraih Anugerah Perdana Menteri Tokoh Mahir 2019 kerana sumbangannya dalam penubuhan Akademi Perkhidmatan Air Pulau Pinang (PWSA).

Penubuhan PWSA, yang pertama di Malaysia, adalah hasil kerjasama dan sokongan daripada bekas Ketua Menteri Lim Guan Eng dan Ketua Menteri sekarang, Chow Kon Yeow.

Jaseni, 62, berkhidmat di perbadanan berkenaan selama 34 tahun dan dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif pada 2007. -Bernama

Artikel Berkaitan: