Festival Ramadan Selangor 2019 lebih meriah

Fakru Radzi (lima, kanan ) dan Sharom (lapan, kanan) pada Majlis Pelancaran Festival Ramadan Selangor 2019, di sini semalam.
Fakru Radzi (lima, kanan ) dan Sharom (lapan, kanan) pada Majlis Pelancaran Festival Ramadan Selangor 2019, di sini semalam.
A
A
A

SHAH ALAM - PKNS Real Estate Sdn Bhd (PREC) memberi jaminan Festival Ramadan Selangor (Festira 2019) di Kompleks PKNS Shah Alam di sini lebih meriah berbanding sebelum ini dan dijangka mendapat kunjungan mencecah 3.5 juta orang.

Ketua Pegawai Eksekutif PREC, Fakru Radzi Ab Ghani berkata Festival Ramadan anjuran PREC sudah berlangsung selama tujuh tahun dan mendapat sokongan yang memberangsangkan.

"Pengunjung sering mengaitkan festival kita sama dengan Jalan Tunku Abdul Rahman, namun sebenarnya festival di sini mempunyai keistimewaan tersendiri.

"Festival Ramadan Selangor 2019 dihadiri ratusan peniaga yang menawarkan pelbagai kelengkapan Aidilfitri seperti variasi pakaian, aneka kuih raya, juadah tradisional dan sebagainya," katanya pada Majlis Pelancaran Festival Ramadan Selangor 2019, semalam.

Mengulas lanjut, Fakru Radzi berkata Festival Ramadan tahun ini dimeriahkan oleh barisan artis terkenal, pertandingan pencarian bilal muda, pertandingan mencanting batik, memasang pelita dan banyak lagi.

Sementara itu, Pengurus Kanan Teknologi Maklumat PKNS, Sharom Mohin berkata suasana Ramadan di Kompleks PKNS Shah Alam kini lebih selesa selepas sebahagian bangunan telah diubahsuai.

"PREC juga mengambil inisiatif untuk menyediakan tempat duduk yang secukupnya untuk pengunjung berehat selepas letih membeli-belah.

"Kalau nak rasa suasana hari raya, datanglah ke Kompleks PKNS, Shah Alam," katanya.

Artikel Berkaitan: