Cef maut langgar kereta di lorong kecemasan

Kereta yang ditinggalkan di lorong kecemasan. (Gambar kecil: Keadaan motosikal mangsa yang terlibat dalam kemalangan.)
Kereta yang ditinggalkan di lorong kecemasan. (Gambar kecil: Keadaan motosikal mangsa yang terlibat dalam kemalangan.)
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki warga tempatan maut selepas motosikal ditunggangnya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta, awal pagi tadi.

Kejadian sekitar jam 1.31 pagi itu berlaku di Kilometer 28.1 Lebuhraya LinKedua (arah Utara).

Mangsa penunggang motosikal dikenali sebagai Yip Chee Seng, 53, yang bekerja sebagai cef di Singapura maut selepas mengalami kecederaan pada bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, kemalangan berlaku apabila motosikal terbabit melanggar belakang kereta yang ditinggalkan di lorong kecemasan.

"Siasatan awal di tempat kejadian mendapati, kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal yang ditunggang mangsa dari arah Gelang Patah menghala ke Senai telah melanggar belakang kereta yang diletak dan ditinggalkan di lorong kecemasan tanpa pemandu.

Keadaan motosikal mangsa yang terlibat dalam kemalangan.
Keadaan motosikal mangsa yang terlibat dalam kemalangan.

"Akibat daripada kemalangan itu, mangsa yang tercampak telah mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan setelah diperiksa oleh pihak ambulans," katanya di sini hari ini.

Dzulkhairi berkata, lokasi kejadian merupakan kawasan lebuh raya serta terdapat dua lorong sehala.

Artikel Berkaitan:

"Keadaan jalan rata, kering, bertar dan cuaca adalah baik.

"Keadaan cahaya di lokasi gelap tanpa lampu jalan," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan punca kemalangan masih dalam siasatan.