JBIX jalin kerjasama dengan syarikat media sosial utama dunia

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Johor Bahru Internet Exchange (JBIX), Ibu Sawat Internet kedua Malaysia, berkata ia menjalin kerjasama dengan syarikat utama media sosial dunia, Facebook, Google, Amazon, Yahoo, Akamai, Cloudflare dan Valve Software.

Dalam kenyataan hari ini, JBIX berkata pada 2018, terdapat 22.4 juta pengguna Malaysia di Facebook manakala Google digunakan oleh 98 peratus rakyat Malaysia sebagai pilihan enjin carian pilihan mereka.

"Dengan memiliki kedua-dua pilihan pengguna ini, JBIX akan menarik penyedia perkhidmatan Internet serantau (ISP) untuk menyertai JBIX dan seterusnya mewujudkan ekosistem penghubung dan meningkatkan pengalaman Internet bagi khalayak serantau," kata Pengarah Urusan Jalur Lebar dan Ketua Pegawai Perhubungan JBIX Weng Yew.

Katanya perkhidmatan utama yang menarik penggiat global dan serantau untuk bersaing dengan JBIX ialah penyambungan pelbagai kabel gentian mereka yang menghubungkan Malaysia ke Singapura.

"Tidak seperti penyedia jalur lebar tradisional yang mengenakan caj menggunakan jalur lebar, peserta JBIX boleh memilih perkhidmatan pelbagai kabel gentian yang menyediakan kapasiti tanpa had bagi sepasang gentian.

"Ini penting bagi penyedia kandungan yang perlu membangunkan nod kehadiran berkos efektif dan berskala di Malaysia.

Weng berkata pengguna boleh menggunakan perkhidmatan pelbagai kabel gentian untuk penggunaan aliran kandungan tanpa had kepada pengguna di Malaysia.

"Dengan 5G kini dalam tempoh ujian di rantau ini, penggiat kandungan boleh memulakan perancangan hadapan bagi memenuhi peningkatan permintaan untuk lebih banyak kandungan," katanya. -Bernama

Artikel Berkaitan: