'Naikkan gaji, hentikan diskriminasi'

Kenaikan gaji menjadi perkara utama kerana rakyat berdepan dengan kenaikan harga barang.
Kenaikan gaji menjadi perkara utama kerana rakyat berdepan dengan kenaikan harga barang.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Cuaca panas terik tidak menjadi halangan kepada kira-kira 1,500 individu untuk menyertai Himpunan Hari Pekerja Mei 1 2019 sempena Hari Buruh, di ibu negara di sini hari ini.

Peserta terdiri daripada pelbagai latar belakang pekerjaan berhimpun di pusat membeli belah Maju Junction sebelum memulakan perarakan sejauh kira-kira 2 kilometer ke Medan Pasar.

Perjalanan selama sejam melalui Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Dataran Merdeka itu disulami dengan laungan ‘hidup rakyat’, ‘bangkit rakyat’, ‘naikkan gaji’ dan ‘hentikan diskriminasi’.

Penyelaras Himpunan Hari Pekerja Mei 1 2019, Nalani Murugiah, berkata sambutan bertemakan ‘Naikkan gaji, hentikan diskriminasi’ itu sekali lagi menjadi platform untuk mendesak kerajaan memberi perhatian terhadap tuntutan-tuntutan pekerja.

Pelaksanaan gaji minimum RM1,100 kini disifatkan tidak wajar dalam keadaan rakyat yang perlu menanggung kos sara hidup yang tinggi.
Pelaksanaan gaji minimum RM1,100 kini disifatkan tidak wajar dalam keadaan rakyat yang perlu menanggung kos sara hidup yang tinggi.

Menurutnya, pelaksanaan gaji minimum RM1,100 kini disifatkan tidak wajar dalam keadaan rakyat yang perlu menanggung kos sara hidup yang tinggi.

“Gaji yang diberikan tidak setimpal dengan kerja yang dibuat dan rakyat memerlukan gaji minimun RM1,800 seperti mana yang dipersetujui dalam deklarasi yang dituntut lebih 100 pertubuhan.

“Dengan gaji sekarang apa yang boleh dibuat. Mahasiswa yang akan bekerja juga akan mengalami masalah yang sama,” katanya pada sidang media selepas himpunan berkenaan hari ini.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Nasional Parti Sosialis Malaysia (PSM), Sarasvathy Muthu berkata, perjuangan PSM bersama lebih 100 pertubuhan untuk memperjuangkan hak-hak perkerja telah masuk tahun ke 25.

Katanya kenaikan gaji menjadi perkara utama kerana rakyat berdepan dengan kenaikan harga barang.

“Kita minta kerajaan untuk laksanakan dengan kadar segera. Pada PRU14 dijanjikan RM1,500 tetapi sudah setahun tiada pergerakan,” katanya.

Cuaca panas terik tidak menjadi halangan kepada kira-kira 1,500 individu untuk menyertai Himpunan Hari Pekerja Mei 1 2019 sempena Hari Buruh, di ibu negara di sini hari ini.
Cuaca panas terik tidak menjadi halangan kepada kira-kira 1,500 individu untuk menyertai Himpunan Hari Pekerja Mei 1 2019 sempena Hari Buruh, di ibu negara di sini hari ini.