Dibayar untuk tidur ketika bekerja

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

HOUSTON - AMERIKA SYARIKAT. Sebuah kedai tilam mengiklankan jawatan kosong 'Snoozeterns' kepada yang berminat.

Mattress Firm berkata, mereka yang diambil bekerja akan menghabiskan 30 jam seminggu menguji tilam, selain menghasilkan video reaksi untuk platform media sosial, MattressFirm.com.

'Snoozeterns' turut dikehendaki menghasilkan video yang antara lain mengandungi tips untuk tidur dan menemuramah penduduk setempat tentang tabiat tidur mereka.

Kedai berkenaan berkata, calon yang ideal harus mempunyai kemampuan untuk tidur tidak kira siang atau malam dan memiliki kepakaran menggunakan aplikasi suntingan seperti Animoto, iMovie, Adobe Spark atau Final Cut Pro. - Agensi

Artikel Berkaitan: