Duti minyak sawit mentah ditangguh mulai 1 Mei hingga 31 Disember

Menteri Industri Utama Teresa Kok berucap pada Majlis Dialog Penanam Sawit Bersama Menteri di sebuah hotel, malam tadi.
Kira-kira 190 orang pemilik ladang sawit seluruh Sabah hadir pada majlis tersebut. - Foto Bernama
Menteri Industri Utama Teresa Kok berucap pada Majlis Dialog Penanam Sawit Bersama Menteri di sebuah hotel, malam tadi. Kira-kira 190 orang pemilik ladang sawit seluruh Sabah hadir pada majlis tersebut. - Foto Bernama
A
A
A

SANDAKAN - Duti eksport minyak sawit mentah ditangguhkan bermula 1 Mei hingga 31 Disember depan, kata Menteri Industri Utama Teresa Kok Suh Sim.

Beliau berkata penangguhan duti itu dijangka mampu menggalakkan eksport minyak sawit ke luar negara, selain ke pasaran baharu. "Kementerian menyambut baik syarikat pengeluar dan pengeksport menggunakan peluang ini untuk mengeksport minyak sawit.

"Dengan cara ini, kita akan dapat memberi manfaat kepada pekebun kecil kelapa sawit," katanya kepada pemberita selepas majlis Dialog Penanam Sawit di sini malam tadi.

Dalam pada itu, Teresa Kok berkata beberapa pasaran baharu negara lain juga berminat mengimport minyak sawit, termasuk benua Afrika, Arab dan Rusia.

"Namun, semua itu perlukan masa untuk dijalankan, dan berharap dengan duti percuma ini akan mengalakkan lebih banyak eksport minyak sawit," katanya.

Mengenai dialog itu, Teresa Kok berkata antara masalah yang dihadapi oleh penanam sawit ialah harga rendah, tidak mempunyai tenaga kerja yang mencukupi dan cukai.

Beliau berkata antara langkah yang perlu diambil untuk menangani isu itu ialah memberikan gambaran yang jelas tentang manfaat minyak sawit, khususnya di pasaran Eropah. - Bernama

Artikel Berkaitan: