X

Kindly register in order to view this article
!

Datuk Seri Abu Hassan Din meninggal dunia

A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Rakyat Malaysia hari ini dikejutkan dengan pemergian pendakwah terkenal, Datuk Seri Abu Hassan Din Al Hafiz, awal pagi tadi.

Berita perginya seorang tokoh agama itu disahkan oleh anak lelakinya, Mohamad Yusri Abu Hassan melalui kiriman aplikasi WhatsApp.

Mohamad Yusri berkata, Allahyarham telah menghadap Ilahi selepas rebah ketika bangun untuk menunaikan solat Subuh.

Menurutnya, pagi tadi waktu subuh beliau bangun untuk menunaikan solat.

"Ketika ingin memakai seluar, beliau terjatuh dan tidak sedarkan diri.

"Sejurus kemudian, pasukan perubatan tiba dengan ambulan, berusaha melakukan bantuan pernafasan kecemasan (CPR) bermula dari rumah," katanya melalui hantaran di aplikasi WhatsApp.

Mohamad Yusri berkongsi cerita lagi, setelah hampir sejam melakukan CPR, Allahyarham tidak memberikan sebarang respon dan doktor mengesahkan beliau sudah tiada.

Beliau menambah, jenazah akan dibawa pulang ke rumahnya di Kampung Batu Muda dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebelum dimandi dan dikafankan di Masjid Saidina Hamzah.

Abu Hassan yang pernah berkhidmat sebagai Pegawai Agama Istana Negara merupakan adik kepada pendakwah terkenal Allahyarham Datuk Dr Haron Din Al-Hafiz.

Allahyarham juga sebelum ini popular berdakwah dalam rancangan Forum Perdana Ehwal Islam terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM).


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari.Langgan Sekarang!

Polisi Data Peribadi Karangkraf