Nabil Ahmad kongsi nama anak ketiga

Pengacara, Nabil Ahmad
Pengacara, Nabil Ahmad
A
A
A

PELAKON dan pengacara terkenal, Nabil Ahmad, tampil berkongsi nama anak ketiganya dalam program MeleTOP yang bersiaran secara langsung, malam tadi.

Menurut Nabil, 34, isterinya, Nazirah Ayub, selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada 24 April menerusi proses pembedahan itu telah menamakan anak mereka Mishall Imani.

“Saya nak umumkan nama anak ketiga kami ialah Mishall Imani... Alhamdulillah,” kata Nabil.

Nazirah atau Zira bersama dua anak mereka.
Nazirah atau Zira bersama dua anak mereka.

Untuk rekod, pengacara terkenal dan isterinya selamat melangsungkan majlis pernikahan pada 2011 dan mereka dikurniakan dua orang zuriat perempuan, Naira Mikayla, 7, dan Layla Medyna, 4.

Artikel Berkaitan: