Awas glaukoma, hilang penglihatan tanpa sedar!

Orang ramai berusia 40 tahun ke atas digalakkan menjalankan ujian saringan mata bagi mengesan penyakit glaukoma yang boleh menyebabkan kehilangan penglihatan tanpa sedar.
Orang ramai berusia 40 tahun ke atas digalakkan menjalankan ujian saringan mata bagi mengesan penyakit glaukoma yang boleh menyebabkan kehilangan penglihatan tanpa sedar.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Orang ramai berusia 40 tahun ke atas digalakkan menjalankan ujian saringan mata bagi mengesan penyakit glaukoma yang boleh menyebabkan kehilangan penglihatan tanpa sedar.

Pengarah Kesihatan Johor, Dr Salehudden Abd Aziz berkata apabila penyakit itu dapat dikesan awal, ia masih boleh dirawat.

"Glaukoma ini kita hidapi tanpa sedar jadi sebab itu kita perlu lakukan saringan dan apabila dikesan awal kerosakan dapat dikawal sekaligus kebutaan itu boleh dicegah.

"Saringan ini digalakkan untuk yang berusia 40 tahun ke atas selain mereka yang menghidap kencing manis dan mengambil steroid untuk jangka masa panjang," katanya pada sidang media selepas merasmikan Hari Glaukoma Peringkat Hospital Sultanah Aminah di Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, semalam.

Menurutnya, peningkatan usia juga berisiko menghidapi penyakit glaukoma itu dan dalam kaji selidik dijalankan di Johor sebelum ini penghidap glaukoma adalah kedua tertinggi selepas penghidap katarak yang menyebabkan kebutaan.

Ujian saringan mata dijalankan bagi mengesan pengakit glaukoma di Ibu Pejabat JBPM Johor, semalam.
Ujian saringan mata dijalankan bagi mengesan pengakit glaukoma di Ibu Pejabat JBPM Johor, semalam.

"Di Johor, daripada 'National Eye Survery 2' yang kita jalankan tahun 2014, dalam kalangan warga emas 50 tahun ke atas, penyakit pertama menyebabkan kebutaan ialah katarak atau selaput dengan 60 peratus.

"Kedua ialah glaukoma dengan 18 peratus dan ketiga ialah kematian saraf disebabkan kencing manis dengan 4.5 peratus.

Artikel Berkaitan:

"Ini melibatkan 47,000 pesakit dari Melaka dan Johor yang penglihatannya rendah," katanya.

Dalam ucapannya, Dr Salehudden turut mendedahkan anggaran menjelang tahun 2020 nanti, seramai 4.5 juta penduduk di dunia akan diserang kebutaan.

Katanya, mengikut sensus Jabatan Oftalmologi HSA, daripada 300 orang pesakit yang dirawat di klinik pakar mata dalam sehari, 26 peratus atau 70 hingga 80 orang merupakan pesakit glaukoma serta ‘glaucoma suspect’.

Dalam program itu, seramai 84 anggota dan pegawai bomba terpilih menjalani saringan mata bagi mengesan penyakit glaukoma yang dikendalikan 30 paramedik dari HSA.