Pemuda Pas Terengganu galas tugas besar

Nasir (kanan) ketika temu bual menerusi SinarLive hari ini bagi membincangkan topik peranan pemuda dalam survival politik.
Nasir (kanan) ketika temu bual menerusi SinarLive hari ini bagi membincangkan topik peranan pemuda dalam survival politik.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Pemuda Pas Terengganu menggalas tugas besar iaitu mempertahankan parti dan memastikan kemenangan Pas pada PRU15.

Ketua Pemudanya, Nasir Abdul Razak berkata, selain memastikan kemenangan itu, barisan Pemuda Pas turut berperanan menjaga parti dan kerajaan dengan pendekatan lebih segar dan diterima baik setiap lapisan masyarakat.

"Sebelum ini misi Pemuda ialah menjadikan Pas sebagai pilihan utama anak-anak muda. Kini, misi ini berjaya dengan kejayaan kita menawan Terengganu dalam PRU14.

"Sekarang, kita ada dua misi iaitu mengisi kemenangan dan mempertahankan kemenangan yang diberikan rakyat negeri ini kepada kerajaan Pas untuk memerintah," katanya ketika ditemu bual menerusi SinarLive di sini, semalam.

Menurutnya, langkah awal pelaksanaan misi itu membabitkan penstrukturan semula organisasi pemuda di empat peringkat iaitu cawangan, DUN, kawasan dan negeri bagi memastikan parti itu kekal relevan untuk terus memerintah Terengganu.

"Nak lahirkan Pemuda yang faham konsep hubungan parti dan kerajaan dan bagaimana nak bahagikan masa antara parti dan kerajaan adalah antara komitmen begitu besar dan saya anggap mencabar.

"Kita sedia maklum, sebelum ini kita berjaya perintah Terengganu pada 1999 dan sudah biasa melalui episod kekalahan selama 15 tahun.

"Apabila kita capai kemenangan, dalam tempoh setahun ini kita berdepan cabaran bagaimana nak bahagikan masa, tenaga dan pemikiran kita dengan diberi dua tugas penting iaitu menjaga parti dan kerajaan," katanya.

Artikel Berkaitan: