Mydin lancar Girang Syawal Tiba 2019

Hannah dan Ameer Ali bersama wakil 11 syarikat pembekal berjenama melakukan simbolik pelancaran Kempen Girang Syawal Tiba 2019 di MyDin USJ, semalam. - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Hannah dan Ameer Ali bersama wakil 11 syarikat pembekal berjenama melakukan simbolik pelancaran Kempen Girang Syawal Tiba 2019 di MyDin USJ, semalam. - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A
A

SUBANG JAYA - Pengendali rangkaian peruncitan terkemuka, Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) melancarkan Kempen Girang Syawal Tiba 2019 di Mydin USJ di sini, semalam.

Pengarah Urusan Mydin, Datuk Wira Dr Ameer Ali Mydin berkata, pelbagai aktiviti dan tawaran istimewa menanti pelanggan sepanjang kempen itu berlangsung iaitu sempena Ramadan dan menjelang Syawal.

"Jemput semua datang ke Mydin pelbagai koleksi dan barangan menanti anda semua.

"Kita tawarkan pelbagai keistimewaan," katanya ketika menyampaikan ucapan pada majlis berkenaan di sini, semalam.

Ameer Ali - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Ameer Ali - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

Menurutnya, kempen promosi itu turut membabitkan koleksi baju raya lelaki wanita, kanak-kanak sedondon terkini, selain kurma, kuih raya dan pelbagai barangan keperluan rumah dan dapur.

"Selain barangan segar seperti ayam, ikan, sayuran dan pelbagai lagi dalam promosi Hari-Hari Mydin Murah yang telah bermula sejak 8 Mac yang lalu.

"Prihatin dengan bebanan kos sara hidup, Mydin turut mengatur pelbagai tawaran lain bagi memastikan kepuasan pelanggan berbelanja dengan kualiti produk yang sentiasa dijaga," katanya.

Artikel Berkaitan:

Imarahkan Ramadan

Dalam majlis pelancaran yang sama, Ameer Ali turut berbesar hati melancarkan Tabung Mydin Prihatin bagi mengumpul dana untuk disumbangkan kepada anak-anak yatim dan juga golongan asnaf.

Ameer Ali (kiri sekali) dan Hannah (tengah) pada majlis pelancaran Kempen Girang Syawal Tiba 2019 di Mydin USJ, semalam.- FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Ameer Ali (kiri sekali) dan Hannah (tengah) pada majlis pelancaran Kempen Girang Syawal Tiba 2019 di Mydin USJ, semalam.- FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

"Objektifnya bagi mengimarahkan Ramadan dengan penuh berkat dan merayakan Syawal dengan penuh kesyukuran.

"Sudah pasti golongan memerlukan terus mengukir senyuman dan meraikan lebaran penuh bererti," katanya.

Tabung Prihatin Mydin turut mendapat kerjasama daripada 11 syarikat pembekal berjenama iaitu Beras Juara, Coca-Cola Malaysia, Enaq, Enrico's, Mamee, Antabax, NONA, P&G, Sunquick, Trichy dan Gardenia.

Turut terlibat, platform e-dagang terkemuka, Shopee yang merupakan rakan eksklusif Mydin di mana setiap nilai belian produk jenama Mydin sendiri di Shopee akan turut disumbangkan ke tabung dana berkenaan.

Hannah - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Hannah - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

"Alhamdulillah 11 syarikat ini sudi berganding bahu bersama Mydin terima kasih," katanya.

Menerusi 11 jenama ini setiap nilai belian pelanggan yang membeli produk berkenaan daripada 10 sen sehingga 50 sen akan disalurkan ke Tabung Mydin Prihatin yang seterusnya akan disumbangkan kepada golongan sasaran.

Sasaran RM200,000 akan diagihkan kepada rumah-rumah anak yatim dan golongan asnaf yang berdaftar di seluruh negara yang telah dikenal pasti.

Katanya, usaha murni ini bertujuan memberi kegembiraan dan bantuan sempena menyambut perayaan Aidilfitri yang bakal tiba.

Mydin melancarkan Kempen Girang Syawal Tiba 2019 di MyDin USJ, semalam. - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Mydin melancarkan Kempen Girang Syawal Tiba 2019 di MyDin USJ, semalam. - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

Tabung ini akan mula disalurkan menjelang Syawal dan akan terus disalurkan sepanjang tahun ini.

Majlis dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh.