X

Kindly register in order to view this article
!

Pas Gombak ziarah penduduk Flat Taman Keramat Permai

Ahli Pas Gombak menziarahi penduduk yang terlibat kejadian keretakan Flat Taman Keramat Permai di pusat pemindahan sementara di Dewan AU2, Hulu Kelang, semalam. - FOTO FACEBOOK PAS GOMBAK
A
A

AMPANG - Pas Gombak menziarahi penduduk yang terlibat kejadian keretakan Pangsapuri Taman Keramat Permai di pusat pemindahan sementara di Dewan AU2, Hulu Kelang, semalam.

Melalui perkongsian di Facebook Pas Gombak semalam, ziarah berkenaan disertai Naib Yang Dipertua Pas Gombak, Farhan Kamalulhysham; Ketua Urusan Ulama, Imran Selamat; Pengarah Jabatan Pilihanraya Dun Hulu Kelang, Azlan Maddin dan wakil Lajnah Kebajikan serta Tabung Purnama.

Pas Gombak melalui kenyataannya juga memaklumkan pihaknya juga turut menyampaikan sumbangan kepada keluarga yang terlibat.

Dalam kenyataan tersebut, Pas Gombak turut menyatakan harapan dan doa supaya permasalahan ini dapat diatasi segera oleh pihak yang berkaitan.

"Kami berdoa semua mangsa dapat kembali menjalani kehidupan seperti biasa. Moga Allah memberi kesabaran dan mempermudahkan urusan kalian," katanya.

Ahli Pas Gombak menziarahi penduduk yang terlibat kejadian keretakan Flat Taman Keramat Permai di pusat pemindahan sementara di Dewan AU2, Hulu Kelang, semalam. - FOTO FACEBOOK PAS GOMBAK
Ahli Pas Gombak menziarahi penduduk yang terlibat kejadian keretakan Flat Taman Keramat Permai di pusat pemindahan sementara di Dewan AU2, Hulu Kelang, semalam. - FOTO FACEBOOK PAS GOMBAK

Terdahulu, seramai 37 keluarga telah diarahkan berpindah susulan kejadian keretakan di Blok F Pangsapuri Taman Keramat Permai, di sini,27 April lalu.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, pihak Unit Bencana Selangor telah menerima aduan kira-kira jam 12.42 tengah hari memaklumkan bahawa telah berlaku keretakan di bangunan itu.

"Proses pemindahan akan dilaksanakan dan bangunan tersebut akan dikosongkan sehingga siasatan selesai. Seramai 37 keluarga iaitu 220 penduduk akan ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Keramat Permai.

"Saya telah meminta agar semua agensi kerajaan negeri membantu dalam proses pemindahan dan memastikan keselamatan penduduk terjamin," katanya melalui laman sosialnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Keretakan Flat Taman Keramat Permai masih aktif

ARTIKEL BERKAITAN: Penduduk harap isu keretakan diatasi segera

ARTIKEL BERKAITAN: Pangsapuri retak: Penduduk mohon status tanah disegerakan

ARTIKEL BERKAITAN: 37 keluarga diarahkan berpindah, pangsapuri retak

ARTIKEL BERKAITAN: Jumlah penghuni pusat pemindahan SMK Taman Keramat meningkat kepada 77 orang

ARTIKEL BERKAITAN: Laporan siasatan pangsapuri retak dijangka siap 2 Mei


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!