Bunuh isteri gara-gara dihina tiada pekerjaan tetap

Suspek dituduh membunuh isterinya kerana tidak puas hati sering dihina kerana tidak mempunyai pekerjaan tetap.- Gambar Hiasan
A
A

JAKARTA - INDONESIA.Seorang lelaki berusia 47 tahun dituduh mencekik isterinya hingga mati ketika pertengkaran di rumah mereka di Bekasi, Jawa Barat.

Ketua Polis Bekasi, Komisioner Candra Sukma Kumara berkata, suspek dituduh membunuh isterinya pada 10 April lalu selepas tidak puas hati kerana sering dihina tidak mempunyai pekerjaan tetap.

"Isteri suspek adalah seorang peniaga dan mempunyai pendapatan lebih tinggi, menyebabkan dia sering menghina suaminya itu," kata Candra dalam satu kenyataan semalam.

Menurut polis, selepas membunuh isterinya, suspek sempat meletakkan mayat mangsa di dalam bilik tidur sebelum melarikan diri.

Dua hari kemudian, salah seorang ahli keluarga mangsa yang tinggal berhampiran menemukan mayat mangsa di dalam rumah dan melaporkan kejadian itu kepada pihak polis.

Pada 21 April lalu, suspek yang berasa dihantui mayat isterinya menyerah diri ke sebuah balai polis di Selatan Tangerang, Banten yang kemudian menghubungi polis di Bekasi untuk tindakan selanjutnya. - Agensi


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia