X

Kindly register in order to view this article
!

Pejabat Pusat Penyelidikan Padi dan Beras Mardi terbakar

Pejabat Pusat Penyelidikan Padi dan Beras Mardi di Serdang terbakar kira-kira 6.45 petang.
A
A

SERDANG - Pejabat Pusat Penyelidikan Padi dan Beras Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (Mardi) di sini, hangus dalam kebakaran petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian pada jam 6.50 petang.

Menurutnya, anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serdang, BBP Cyberjaya, BBP Bangi dan BBP Kajang ke lokasi dan mendapati kebakaran melibatkan ruang pejabat bangunan dua tingkat.

Anggota bomba melakukan kerja pemadaman api di bangunan yang terbakar.
Anggota bomba melakukan kerja pemadaman api di bangunan yang terbakar.

"Tindakan pantas anggota bomba berjaya mengawal api dari merebak ke bahagian makmal yang menempatkan pelbagai bahan kimia bagi tujuan penyelidikan.

"Anggaran keluasan ruang yang terlibat lebih kurang 26.7 meter x 20 meter. Kebakaran berlaku di bahagian pejabat saja tidak membabitkan ruang makmal," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya, kejadian itu tidak membabitkan kehilangan nyawa dan punca sebenar kebakaran masih dalam siasatan forensik bomba.