Yawas sambut baik penjajaran semula SMUE

Yayasan Warisan Anak Selangor.
Yayasan Warisan Anak Selangor.
A
A
A

SHAH ALAM - Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) menyifatkan penjajaran semula terhadap Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dibuat dengan matlamat pelaksanaan pemberian manfaat yang bersifat terus kepada golongan warga emas.

Pengurus Besarnya, Gan Pei Nei berkata, langkah itu selari dengan hasrat dan maklum balas golongan warga emas yang mahu merasai manfaat SMUE semasa hayat mereka.

"Mekanisme baharu ini adalah berbeza dengan pelaksanaan pemberian sebelum ini dimana bantuan diberikan kepada waris setelah warga emas tersebut meninggal dunia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, mekanisme baharu itu juga berbeza dengan pelaksanaan pemberian sebelum ini iaitu bantuan diterima waris setelah warga emas tersebut meninggal dunia.

"Sebanyak RM20 juta diperuntukkan dalam mekanisme SMUE ini.

"Seramai 200,000 warga emas akan dapat menerima manfaat dalam tahun pertama pelaksanaan dan angka ini adalah peningkatan besar berbanding 103,320 waris yang menerima manfaat dari SMUE selama 10 tahun bermula tahun 2008," katanya.

Menurutnya, semua warga emas yang layak untuk segera mendaftar di bawah skim itu agar tidak terlepas daripada menerima manfaat tersebut.

"Pendaftaran SMUE boleh dibuat di mana-mana pejabat Pusat Khidmat DUN yang terdekat dengan kawasan tempat tinggal. Sebarang pertanyaan berhubung SMUE sila hubungi Careline Yawas di talian 03-5481 8800," katanya.

Artikel Berkaitan: