Bicara kes saman Anwar terhadap Muhyiddin bermula Ogos 2024

KUALA LUMPUR - Perbicaraan kes saman Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin akan bermula Ogos tahun depan di Mahkamah Tinggi di sini.
Saman itu berhubung ucapan didakwa berbaur fitnah mengenai Anwar menerima gaji sebanyak RM15 juta semasa berkhidmat sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor.
Peguam Datuk SN Nair, yang mewakili Perdana Menteri berkata, pada pengurusan kes hari ini, Pesuruhjaya Kehakiman, Roz Mawar Rozain menetapkan perbicaraan selama sembilan hari iaitu pada 5,6,7,12,13,14, 26, 27 dan 28 Ogos 2024.
"Mahkamah juga mengarahkan pihak-pihak memfailkan permohonan interlokutari, jika ada, selewat-lewatnya pada 15 Jun 2023. Pengurusan kes seterusnya pada 21 Jun 2023,” katanya ketika dihubungi pemberita.