#cakaplah: Kerajaan PH disifatkan sebagai kerajaan ‘mat jenin’

Muna Adila Che Rime - FOTO SINAR HARIAN /ASRIL ASWANDI SHUKOR
Muna Adila Che Rime - FOTO SINAR HARIAN /ASRIL ASWANDI SHUKOR
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Kerajaan Pakatan Harapan (PH) disifatkan sebagai kerajaan ‘mat jenin’ kerana didakwa hanya memiliki angan dan cita-cita besar.

Ahli Jawatankuasa Muslimat Legal Team, Muna ‘Adila Che Rime berkata, selepas tempoh setahun mengambil alih kerajaan, PH dilihat masih gagal melunaskan janji yang diberikan oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Dalam tempoh 365 hari ini saya lihat kerjaaan hari ini pencapaiannya tak ke mana kerana saya lihat mereka hanyalah sebagai kerajaan mat jenin yang mana angan, cita-cita dan nafsunya sahaja besar.

“Bila bercerita mengenai idea, satu hari pun PH boleh lakukan... tapi bila sampai soal perlaksanaan, sebenarnya kita masih berada di tahap yang sama,” katanya pada Wacana Sinar ke-107 bertajuk Menjelang 365 Hari Malaysia Baru: Apa Kata Anak Muda di Dewan Karangkraf di sini hari ini.

Panelis dan moderator pada program #cakaplah.
Panelis dan moderator pada program #cakaplah.

Pada masa sama, Muna'Adila berkata, kegagalan tersebut adalah berpunca daripada asas kepada gabungan PH sendiri yang lihat rapuh dan tidak stabil.

"Gabungan ini diikat dengan perjanjian yang sangat longgar dan kita sendiri telah melihat manifesto yang mereka hasilkan telah dipinggirkan.

"Gabungan ini terdiri daripada parti-parti yang hanya bergabung untuk menang pada pilihan raya tanpa ada parti yang dominan dan disebuat sebagai kerajaan campuran menentukan agenda perlu dibawa atau disimpan memandangkan setiap parti komponen itu memiliki idealogi yang berbeza," katanya.

Artikel Berkaitan:

Selain Muna'Adila, panelis lain yang turut sama melontarkan pandangan adalah Aktivis Malaya; Mohamad Anif, Ahli Jawatankuasa Majlis Belia Malaysia; Mohamad Nazri Abdul Latiff, dan Ketua Srikandi Bersatu Cheras; Sharifah Azuani Sayed Mohd Ali.

#Cakaplah dikendalikan moderator Ahmad Fedhri Yahya.