#cakaplah: Usah pandang enteng signal anak muda kepada PH

Mohamad Nazri Abdul Latiff - FOTO SINAR HARIAN /ASRIL ASWANDI SHUKOR.
A
A

SHAH ALAM - Kekalahan Pakatan Harapan (PH) dalam beberapa Pilihan Raya Kecil (PRK) baru-baru ini merupakan signal daripada golongan muda kepada kerajaan.

Mengambil contoh PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Ahli Jawatankuasa Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamad Nazri Abdul Latiff berkata hampir semua peti undi golongan muda memihak kepada Barisan Nasional (BN).

“Saya nampak anak muda dah bergerak nak beri signal kepada kerajaan berdasarkan kepada keputusan PRK. PRK Rantau hampir semua peti anak muda beri kepada BN.

“Ini signal yang tidak boleh dipandang enteng,” katanya pada program Wacana Sinar ke-107 bertajuk Menjelang 365 Hari Malaysia Baru: Apa Kata Anak Muda di Dewan Karangkraf, di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 9 Mei, hari-hari orang cakap pasal politik: Mohamad Anif

Tambah beliau, kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan PRK tidak boleh mengubah kerajaan sebenarnya boleh dianggap cabaran kepada anak muda.

“Memang PRK tak boleh ubah kerajaan, tapi itu perkataan bahaya sebab anak muda lihat itu sebagai cabaran.

“Anak muda adalah penentu dalam pilihan raya akan datang,” tegas beliau.