Produk peranti audio Islamik bakal tembusi pasaran ASEAN

Dr Fadzillah menandatangani bingkai perasmian sambil diperhatikan Hana (kanan) pada majlis berkenaan.
Dr Fadzillah menandatangani bingkai perasmian sambil diperhatikan Hana (kanan) pada majlis berkenaan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pengeluar produk MommyHana merancang untuk tembusi pasaran ASEAN selepas produk peranti audio Islamik yang dilancarkan syarikat itu pada sesi pra jualan di laman sosial berjaya mengutip lebih RM1juta dalam tempoh tidak sampai dua jam.

Pengasas MommyHana, Hana Shahadan berkata, syarikatnya yang beroperasi sejak dua tahun lalu kini sedang mengintai peluang pasaran di Singapura, Brunei dan Indonesia.

"Kita merancang untuk memasuki pasaran di negara Timur Tengah seperti Dubai serta United Kingdom, memandangkan sambutan yang luar biasa bagi produk peranti audio Islamik.

"Islamic audio device atau pun lebih mudah difahami dengan Quran Madalah adalah satu alat yang yang membantu dan melatih semua orang untuk mendengar alunan bacaan ayat suci al- quran setiap hari," katanya dalam satu kenyataan media, semalam.

Majlis pelancaran produk terbaru yang diinovasi dari MommyHana iaitu Islamic Audio Device itu disempurnakan pakar motivasi, Datuk Dr Fadzillah Kamsah dan turut dihadiri Timbalan Presiden Persatuan Pedagang Asean, Datuk Sohaimi Shahadan dan juga Deja Moss.

Menurutnya, alat yang tiada radiasi itu juga dilengkapi dengan bunyi yang menenangkan seperti alunan ombak, lullaby, white noise, mozart, lagu-lagu Omar&Hana dan juga lagu-lagu khas zikir MommyHana dendangan artis Deja Moss,"

Mommyhana sebelum ini terkenal dengan buku islamik interaktif Ebookku by Mommyhana sudah terjual lebih dari 200,000 unit dan kini satu lagi produk baru yang bakal menjadi gelombang besar terutama menjelang Ramadan yang bakal tiba.

Zikir merdu dari Mommyhana juga adalah -zikir yang ringkas dan mudah diikuti sesuai untuk melatih anak-anak supaya berzikir dari usia muda.

Artikel Berkaitan:

Mommyhana yang baru sahaja berkolaborasi dengan Omar&Hana sebagai rakan tajaan pada tahun 2019 dan 2020 kini mempunyai hampir 3000 pengedar sah di Malaysia serta menyasarkan tiga kali ganda peningkatan pada tahun ini.

Syarikat produk itu sudah membantu 10,000 keluarga dan menyasarkan untuk membantu 1 juta keluarga dalam dan luar negara pada 2022.