Selangor ambil tindakan tegas basmi kilang plastik haram

Exco Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi dan Inovasi dan Hal Ehwal Pengguna, Hee Loy Sian (tengah) pada sidang media di Bangunan Annex Dewan Undangan Negeri Selangor di sini tadi.
Exco Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi dan Inovasi dan Hal Ehwal Pengguna, Hee Loy Sian (tengah) pada sidang media di Bangunan Annex Dewan Undangan Negeri Selangor di sini tadi.
A
A
A

SHAH ALAM- Sebanyak 90 kilang plastik haram di negeri ini telah berjaya ditutup manakala 63 lagi kilang dalam siasatan.

Langkah tegas diambil ini sekaligus sebagai usaha menyasarkan sifar kilang plastik haram pada Jun ini.

Exco Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi dan Inovasi dan Hal Ehwal Pengguna, Hee Loy Sian berkata berdasarkan rekod hanya 53 kilang plastik berlesen manakala 75 kilang plastik dikesan tidak memiliki lesen di negeri ini.

"Sehingga 22 April ini, sebanyak tujuh kilang plastik haram berjaya ditutup. Kes yang pertama berlaku di Kuala Langat, dan pemilik kilang plastik haram berkenaan telah dijatuhkan hukuman denda RM85,000 oleh mahkamah.

"Bagi keseluruhan kes, ia melibatkan denda sebanyak RM439,000," katanya pada sidang media di Bangunan Annex Dewan Undangan Negeri Selangor di sini tadi.

Loy Sian berkata, pihaknya berdepan pelbagai kesulitan termasuk isu yang melibatkan peruntukan undang-undang sedia ada.

"Ia melibatkan hukuman denda yang kurang setimpal seolah-olah tidak menakutkan pihak kilang plastik haram ini untuk terus beroperasi. Malah kos pembersihan pula terpaksa ditanggung kerajaan negeri.

"Sehubungan itu, kita harapkan supaya Kerajaan Persekutuan supaya menyemak semula rang undang-undang sedia ada bagi mengenakan hukuman lebih setimpal," katanya.

Tegasnya, pihaknya berharap tindakan yang lebih tegas dikenakan terhadap kilang-kilang plastik haram ini.

Artikel Berkaitan:

"Kita harapkan hukuman bukan sahaja sekadar denda namun penjara kepada pihak kilang plastik haram ini," katanya.

Jelasnya, langkah drastik yang diambil ini sekaligus menjadikan Selangor sebagai negeri sifar kilang plastik haram.

"Jadi kita akan teruskan penguatkuasaan bagi memastikan menjelang Jun ini, Selangor menjadi sebuah negeri bebas daripada kilang plastik haram," katanya.