Program Geran Kecil Alam Sekitar dan Teknologi Hijau dilanjut

Exco Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi dan Inovasi(STI) dan Hal Ehwal Pengguna Hee Loy Sian(tengah) menunjukkan risalah mengenai Geran Kecil Alam Sekitar dan Geran Kecil Teknologi Hijau pada sidang media di ruang sidang media, Bangunan Annex Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.
Exco Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi dan Inovasi(STI) dan Hal Ehwal Pengguna Hee Loy Sian(tengah) menunjukkan risalah mengenai Geran Kecil Alam Sekitar dan Geran Kecil Teknologi Hijau pada sidang media di ruang sidang media, Bangunan Annex Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan negeri akan melanjutkan Program Geran Kecil Alam Sekitar dan Teknologi Hijau pada tahun ini dengan peruntukan berjumlah RM750,000.

Exco Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) dan Hal Ehwal Pengguna, Hee Loy Sian berkata, melalui program ini, setiap organisasi atau persatuan yang layak akan menerima pembiayaan sehingga RM5,000 bagi Geran Kecil Alam Sekitar dan RM10,000 bagi Geran Kecil Teknologi Hijau.

"Program ini akan disalurkan kepada komuniti melalui organisasi atau persatuan bagi membiayai program dan projek alam sekitar serta teknologi hijau yang inovatif dan melibatkan komuniti setempat.

"Antara projek yang boleh dilaksanakan adalah penanaman pokok, kitar semula sisa, pendidikan alam sekitar, pemuliharaan air, penjimatan tenaga serta pendidikan dan kesedaran komuniti tentang perubahan iklim," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di ruang sidang media, Bangunan Annex Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Katanya, kaedah permohonan geran ini adalah secara online dengan melayari Portal Rasmi Kerajaan Negeri iaitu www.selangor.gov.my bermula 2 sehingga 31 Mei ini.

"Pemakluman kelulusan permohonan geran kecil ini adalah selewat-lewatnya pada 17 Jun ini secara bersurat dan e-mel, seterusnya organisasi atau persatuan perlu melaksanakan program yang diluluskan dalam tempoh 18 Jun ini sehingga 31 Oktober tahun ini.

"Selepas program dilaksanakan, organisasi atau persatuan perlu mengemukakan laporan pelaksanaan dan bukti perbelanjaan program selewat-lewatnya pada 15 November ke seksyen pihak berkuasa tempatan, Unit Perancang Ekonomi Negeri," katanya.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu katanya, objektif utama program Geran Kecil Alam Sekitar dan Teknologi Hijau ini untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman masyarakat mengenai kepentingan menjaga alam sekitar dan menggalakkan teknologi hijau dalam kehidupan seharian rakyat negeri ini.

"Untuk tahun 2018, program Geran kecil Alam Sekitar telah memanfaatkan sebanyak 52 penerima dengan jumlah sebanyak RM244,357.

"Manakala program Geran Kecil Teknologi Hijau telah memanfaatkan sebanyak 46 penerima dengan jumlah permohonan sebanyak RM420,726.80," katanya.