Pelik-pelik permintaan pemimpin PH, kata Suraya

 Suraya
Suraya
A
A
A

PENDANG - Pemerintahan BN sebelum ini mengambil sikap bertegas dalam mengekalkan status agama pada kad pengenalan.

Ketua Penerangan UMNO Kedah, Datuk Suraya Yaacob berkata, jadi terpulanglah kepada PH untuk menentukan dasar mereka sendiri.

Katanya, BN selama ini berjaya membentuk pemikiran rakyat yang baik dan tidak mempertikai sesuatu perkara positif yang melambangkan pegangan agama mereka pada kad pengenalan.

"Namun PH ketika ini dilihat perlu melayani kerenah pemimpin dan penyokong mereka sendiri yang dilihat mempunyai pemikiran yang pelik-pelik.

"Selain meminta status 'agama' dikeluarkan dari kad pengenalan, contoh pelik lain adalah seperti menyokong LGBT dan suka menghasut rakyat ke arah pemikiran negatif serta kebencian," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Suraya berkata kerajaan PH kini telah pun diberi peluang oleh rakyat untuk mentadbir negara.

"Sebelum menjadi kerajaan mereka berbunyi sakan. Sekarang sudah jadi kerajaan, buatlah apa yang disebut-sebut dulu. Tunaikan janji kepada rakyat dengan baik," katanya.

Terdahulu, Senator Nga Hock Cheh daripada DAP dalam sidang Dewan Negara mencadangkan agar kerajaan menggugurkan status agama dalam kad pengenalan.

Artikel Berkaitan:

Katanya, status yang tertera pada kad pengenalan itu hanya menghalang perpaduan dalam negara kerana setiap individu diberikan identiti mengikut kaum, bukan identiti nasional.

Bagaimanapun, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengatakan kerajaan belum membuat sebarang kajian mengenai perkara itu dan kementeriannya akan tetap mengekalkan status agama dalam kad pengenalan.

ARTIKEL BERKAITAN Gugur status agama: Itu cadangan jahat, kata Pemuda Pas