Polis Kelantan tingkat kawalan rumah ibadat

Masjid Ar-Rahman Pulau Gajah antara masjid yang menjadi tumpuan pengunjung kerana seni bina yang sangat mengagumkan.
Masjid Ar-Rahman Pulau Gajah antara masjid yang menjadi tumpuan pengunjung kerana seni bina yang sangat mengagumkan.
A
A
A

KOTA BHARU - Polis Kelantan mempertingkatkan kawalan dan pemantauan terhadap rumah-rumah ibadat di seluruh negeri ini susulan arahan daripada pucuk pimpinan pihak berkuasa itu.

Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan berkata, pemantauan dilakukan dari semasa ke semasa oleh anggota berpakaian seragam atau biasa bagi memastikan tahap keselamatan di tempat berkenaan terjamin untuk digunakan masyarakat.

“Langkah ini berhubung dengan arahan yang dikeluarkan pucuk pimpinan baru-baru ini berikutan kejadian di Sri Lanka dan New Zealand.

“Selain rumah ibadat, polis juga menggandakan kawalan dan rondaan di kediaman kedutaan Thailand yang merupakan satu-satu kedutaan di negeri ini,” katanya selepas Malam Apresiasi Bersama Media sempena Sambutan Peringatan Hari Polis ke-212, di sini, malam tadi.

Artikel Berkaitan: