Mangsa pencemaran kimia masih dipantau

Dr Salehudden (duduk, tengah) pada sidang media di Ibu Pejabat JBPM Johor, hari ini.
Dr Salehudden (duduk, tengah) pada sidang media di Ibu Pejabat JBPM Johor, hari ini.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Pesakit yang terkesan akibat pencemaran kimia di Sungai Kim Kim masih dalam pemantauan perubatan.

Pengarah Kesihatan Johor, Dr Salehudden Abd Aziz berkata tumpuan turut diberikan kepada 26 pesakit yang menerima rawatan pernafasan sebelum ini.

"Kita masih buat rawatan susulan terhadap semua pesakit yang terlibat dengan pencemaran kimia Sungai Kim Kim secara aktif.

"Kes-kes yang ada kesan jangka panjang ini kita masih belum dapat tapi kita masih mengikuti dekat kes ini terutamanya 26 pesakit yang perlukan bantuan pernafasan (ketika itu)," katanya pada sidang media selepas merasmikan Hari Glaukoma Peringkat Hospital Sultanah Aminah di Ibu Pejabat JBPM Johor, hari ini.

Menurutnya, setiap pesakit mempunyai jadual rawatan susulan berbeza setiap tiga bulan atau enam bulan sekali mengikut kes masing-masing.

Ketika ditanya kemungkinan kesan pencemaran dihadapi pesakit, beliau akui tiada kepastian terhadap perkara itu.

"Kalau berdasarkan hipotesis kita, sepatutnya pendedahan pada masa itu sahaja atau 'one single exposure' ini mengikut sejarah, ia mungkin tidak ada kesan jangka panjang.

"Tapi kita tak tahu lagi. Kita tak boleh kata tak akan ada (kes) tapi kami pantau setiap kes," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN Kualiti udara Pasir Gudang terus dipantau

Artikel Berkaitan: