Nafi keluar notis gantung lesen syarikat tawar pakej umrah

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya menafikan pihaknya mengeluarkan notis penggantungan lesen pelancongan kepada syarikat Al-Munawwarah Services / AMS Travel & Tours Sdn Bhd berikutan syarikat itu menyebabkan sekumpulan jemaah umrah terkandas dan tidak dapat mengerjakan umrah baru-baru ini.

Dalam kenyataan sama, kementerian itu juga memaklumkan surat dikongsi kepada semua jemaah oleh pihak syarikat terbabit berkaitan penggantungan lesen tersebut adalah palsu.

“Kementerian sudah mengambil tindakan dengan melaporkan perkara ini kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk siasatan dan tindakan lanjut.

“Untuk makluman, siasatan dalaman yang dijalankan mendapati syarikat berkenaan tidak pernah memohon atau mempunyai sebarang pendaftaran berkaitan pelesenan dengan kementerian ini.

“Oleh itu, syarikat terbabit kini sedang disiasat di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482] kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen yang sah,” katanya.

Dalam pada itu, pihak kementerian turut menasihati orang ramai agar sentiasa berhati-hati dalam sebarang urusan pembelian dan pembayaran pakej percutian dan umrah.

“Semak pendaftaran pelesenan syarikat pelancongan terlebih dahulu dan semak status lesen syarikat pelancongan sebelum membuat bayaran di mana-mana pejabat kementerian di seluruh negara.

“Semakan juga boleh dibuat menerusi cara dalam talian di laman sesawang kementerian di www.motac.gov.my,” menurut kenyataan itu.

Artikel Berkaitan: