TPM umum peruntukan RM10,000 kepada MPP UiTM

KUALA SELANGOR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan peruntukan sebanyak RM10,000 kepada semua Majlis Perwakilan Pelajaran (MPP) di seluruh kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) di negara ini.
Ahmad Zahid berkata, peruntukan awal itu sebahagian daripada sumbangan peringkat pertama kepada MPP untuk menjalankan pelbagai aktiviti kepada penuntut universiti.
"Gunakan wang ini berinteraksi dengan rakan siswa dan siswi masing-masing dan aktiviti sangat berfaedah," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Riang Raya MPP UiTM di Dewan Berlian, UiTM Puncak Alam di sini pada Khamis.