Usaha reformasi realisasi kehendak ramai

Rakyat mengharapkan sesuatu daripada kerajaan baharu di mana perubahan secara menyeluruh berlaku dalam negara. - FOTO: ZAHID IZZANI
Rakyat mengharapkan sesuatu daripada kerajaan baharu di mana perubahan secara menyeluruh berlaku dalam negara. - FOTO: ZAHID IZZANI
A
A
A

PUTRAJAYA - Usaha-usaha reformasi yang dijalankan oleh Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Islam dalam tempoh setahun sebenarnya membantu merealisasikan kehendak pelbagai pihak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof mengakui pencapaian itu bersesuaian dengan tujuan utama mengapa PH diberi peluang.

Katanya, rakyat mengharapkan sesuatu daripada kerajaan baharu di mana perubahan secara menyeluruh berlaku dalam negara.

“Hasilnya, menjelang setahun pentadbiran PH, perkara utama yang dilihat berjaya diperkenalkan oleh jabatan saya ialah tiga konsep gagasan pentadbiran Islam iaitu Rahmatan Lil Alamin, Maqasid Syariah dan Model Malaysia kepada agensi-agensi yang berada di bawah jabatan.

“Keputusan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) ke-65 mengenai gagasan Malaysia negara rahmah sebulat suara bersetuju menjadikan Rahmatan Lil Alamin sebagai elemen teras dalam tadbir urus negara,” katanya pada sidang media sempena Setahun Pentadbiran PH di Putrajaya baru-baru ini.

Mujahid berkata, dua kali pemukiman agensi turut dilakukan bagi menjayakan tujuh kluster yang melibatkan semua agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Katanya, tindakan itu akhirnya dapat melahirkan bahagian Maqasid Syariah di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Mengulas lanjut mengenai kerjasama, beliau berkata, sejak November tahun lalu hingga April 2019, lima kementerian telah dikunjungi termasuklah Kementerian Kesihatan, Kementerian Pelajaran, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Kewangan dan Kementerian Pertahanan.

Artikel Berkaitan:

Katanya, kerjasama strategik itu bertujuan memastikan hasrat gagasan pentadbiran Islam dapat dilaksanakan, malah jabatan mengambil pendekatan memperkasakan undang-undang Islam dengan melakukan beberapa penelitian terhadap perkara berkenaan.

Fokus RUU Ahli Parlimen Parit Buntar itu berkata, terdapat juga undang-undang yang telah berjaya seperti Rang Undang Undang (RUU) Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) Pindaan 2018 yang telah lulus di Dewan Rakyat pada 10 April yang lalu.

Mujahid Yusuf. - FOTO: ZAHID IZZANI
Mujahid Yusuf. - FOTO: ZAHID IZZANI

Jelasnya, pindaan itu juga membolehkan semua sekolah agama, pusat tahfiz dan tadika Islam di Wilayah Persekutuan berdaftar dan dikawal selia.

“Pada masa sama jabatan turut memperkenalkan Mahkamah Khusus Kes Nafkah dan Hadhanah di mana sebuah mahkamah khusus diwujudkan bagi membicarakan dan menyelesaikan kes-kes Mahkamah Syariah yang melibatkan tuntutan bekas isteri terhadap bekas suami.

“Ini termasuklah berkaitan pembayaran nafkah dan hak jagaan anak,” katanya.

Dalam pada itu, pihaknya turut menggerakkan supaya RUU Profesion Guaman Syarie (Wilayah-Wilayah Persekutuan) digubal.

Menurutnya, beliau menggerakkan RUU supaya dapat digubal ekoran ketidakseragaman amalan undang-undang itu antara negeri-negeri lain serta memartabatkan institusi perundangan syariah dan profesion guaman syarie di negara ini.

Dilantik Menteri Khas Bosnia Herzegovina pencapaian yang menjadi pemangkin semangat Mujahid ialah apabila dilantik sebagai menteri khas untuk berurusan dengan negara Bosnia Herzegovina oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau juga mewakili Malaysia untuk menjalinkan hubungan khusus bersama negara Balkan yang dilihat menjadi pintu masuk ke negara Eropah.

“Hasil daripada itu juga tertubuhnya Malaysia Bosnia Trade Cooperation Association (MBTCA) yang berperanan sebagai badan induk bagi membantu pengembangan ekonomi dua hala antara Malaysia dan Bosnia bagi meningkatkan pelaburan kedua-dua negara,” katanya.

Paling menarik, pihaknya melihat usaha menyelesaikan isu Lembaga Tabung Haji dengan mengambil semangat Buku Harapan, akhirnya dapat menyelesaikan kemelut melanda TH.

Artikel Disyorkan
No Image Caption
Kerajaan PH

Wibawa Parlimen dikembalikan

No Image Caption
Kerajaan PH

Debat undang-undang, Perlembagaan semakin rancak