Tun M nafi umat Islam terancam di bawah PH

Mahathir Mohamad - Bernama
Mahathir Mohamad - Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan hari ini telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk menjaga kepentingan agama Islam dan umatnya di negara ini.

Justeru beliau menafikan umat Islam terancam di bawah Pakatan Harapan (PH) dan beranggapan pihak yang mendakwa suara 'mempertahankan Islam' sukar kedengaran dalam kalangan pemimpin pentadbiran hari ini kerana mereka 'pekak'.

"Fasal dia pekak. Kita buat macam-macam untuk orang Islam, untuk Islam tapi dia tak dengar," katanya kepada pemberita selepas Malam Anugerah dan Majlis Makan Malam Gala Persatuan Pertubuhan Pengurusan Asia (AAMO) ke-20 di sini malam ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin menerusi kenyataan di laman Facebook beliau bahawa suara 'mempertahankan Islam' sukar kedengaran dalam kalangan pemimpin pentadbiran hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Realiti politik membiarkan umat Islam dibuli: Mufti Perlis

ARTIKEL BERKAITAN: Polis tahan pembantu pendakwah terkenal

ARTIKEL BERKAITAN: Polis terima 867 laporan kenyataan pendakwah berbaur penghinaan

Dakwa Mohd Asri, perkara itu menjadikan rakyat makin akur Islam 'berada dalam keadaan yang tidak begitu selamat' bawah pimpinan kerajaan PH - Bernama

Artikel Berkaitan: