X

Kindly register in order to view this article
!

Politik di Malaysia sangat toksik: KJ

Khairy Jamaluddin
A
A

SHAH ALAM - "Politik Malaysia sangat-sangat toksik," demikian pendapat Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi ketika mengulas keadaan politik di Malaysia.

Meskipun mengakui bukan hanya Malaysia mengalami masalah tersebut, Khairy Jamaluddin tetap menyimpan hasrat untuk melihat rakyat negara ini mampu mencapai tahap politik yang lebih matang kelak.

“Kalau seseorang itu ialah penyokong Pakatan Harapan (PH), tiada apa yang dia boleh bersetuju apa yang dibuat oleh Barisan Nasional (BN).

“Sama juga penyokong BN yang melihat PH dengan kaca mata mereka, betul dan tidak betul, itu sahaja,” katanya pada program Bicara Minda Sinar Harian di Dewan Karangkraf di sini hari ini.

Tambah bekas Ketua Pemuda UMNO itu, perlu ada situasi di mana kedua-dua pihak bersetuju terhadap sesuatu isu dalam politik di Malaysia memandangkan Pilihan Raya Umum (PRU) tidak akan berlaku dalam masa terdekat.

“Mesti ada middle ground (kedua-dua pihak bersetuju dalam satu situasi) dalam politik sebab kita bakal hadapi PRU empat tahun lagi.

“Takkan kita tak boleh bekerjasama dalam beberapa isu untuk memastikan bahawa kita dapat mentadbir negara kita. Kami dapat mainkan peranan sebagai pembangkang yang berwibawa, kerajaan dapat mainkan peranan mereka.

“Itu dapat membawa manfaat kepada rakyat Malaysia,” ujarnya.

Tegas beliau, jika politik terlalu toksik, ia akan meruntuhkan sistem politik dalam negara.

“Kalau politik terlalu toksik maka kebencian itu akan meruntuhkan sistem politik,” katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!