30 ahli PPN Kelantan sokong pindaan

Wan Mohd Rozman Wan Mamat (kanan) menyerahkan memorandum sokongan kepada wakil Pengarah PPN Kelantan di Pejabat PPN negeri di Lundang, hari ini.
Wan Mohd Rozman Wan Mamat (kanan) menyerahkan memorandum sokongan kepada wakil Pengarah PPN Kelantan di Pejabat PPN negeri di Lundang, hari ini.
A
A
A

KOTA BHARU - Selepas sekumpulan ahli Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Kelantan menyatakan hasrat mengambil tindakan saman sebagai membantah pindaan Peraturan-Peraturan Pertubuhan Peladang oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA), hari ini sekumpulan lagi ahlinya pula tampil menyatakan sokongan terhadap pindaan itu.

Wakil mereka yang menyokong pindaan itu, Wan Mohd Rozman Wan Mamat berkata, pindaan tersebut dilihat sebagai usaha murni MOA untuk dapat membela nasib ahli PPN sekaligus mengelakkan sebarang penyelewengan berlaku di dalam pertubuhan itu.

Menurutnya, langkah MOA itu wajar diterima oleh semua ahli PPN dan melihatkan sebagai usaha untuk membantu semua ahli serta memastikan nasib mereka terus terbela di bawah kepimpinan yang baru.

“Kami sangat mengalu-alukan pendekatan yang dibuat oleh pihak kementerian yang akan membawa banyak manfaat kepada ahli PPN pada masa hadapan.

“Mungkin ini adalah perubahan yang baik selepas 40 tahun PPN ditubuhkan sekali gus dapat memastikan pentadbiran PPN lebih telus,” katanya di Pejabat PPN negeri di Lundang di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau mewakili 30 lagi penyokong menyerahkan memorandum sokongan Peraturan-Peraturan Pertubuhan Peladang (Pindaan) 2019 yang akan dilaksanakan pada Rabu ini kepada wakil Pengarah PPN Kelantan.

Artikel Berkaitan: