Tefal lancar produk memasak terbaru

Sebastien (dua dari kiri) dan Laplanche (tiga dari kiri) melancarkan produk terbaruTefal pada majlis yang berlangsung di One Utama 25 April lalu.
Sebastien (dua dari kiri) dan Laplanche (tiga dari kiri) melancarkan produk terbaruTefal pada majlis yang berlangsung di One Utama 25 April lalu.
A
A
A

PETALING JAYA - Jenama alat memasak Tefal sentiasa komited menghasil rangkaian produk baharu dalam usaha memberi kepuasan kepada penggunanya.

Terbaru, Tefal melancarkan satu siri produk inovatif dengan menggunakan teknologi tersendiri bagi meningkatkan gaya hidup penggemar jenama itu.

Naib Presiden (Pasaran) Tefal Asia Pasific, Sebastien Alegre berkata, pihaknya yakin pelancaran produk memasak ini dapat mengubah cara pemakanan rakyat Malaysia khususnya mereka yang mengutamakan gaya hidup sihat.

“Kami sangat bangga dapat memperkerkenalkan produk-produk memasak yang mampu menyediakan masakan sihat,” katanya ketika Majlis Tefal Home of Innovation yang berlangsung di One Utama, 25 April lalu.

Turut hadir, Duta Perancis ke Malaysia, Frederic Laplanche bagi melancarkan produk tersebut.

Mengulas lanjut, Sebastien berkata pelbagai alat memasak keluaran Tefal direka khusus dengan teknologi Thermo-Spot yang membolehkan masakan disediakan dengan penggunaan minyak yang kurang namun memberikan tekstur terbaik buat makanan.

“Malah periuk nasi pelbagai kategori keluaran Tefal dapat mengurangkan sehingga 20 peratus karbohidrat manakala Ultrablend Boost High Speed Blander pula dapat simpan lebih banyak nutrien melalui teknologi Nutrikeep yang kualiti terjamin,” katanya.

Artikel Berkaitan: