X

Kindly register in order to view this article
!

Tun M ucap terima kasih kepada Fuzi

Dr Mahathir Mohamad bergambar bersama Mohamad Fuzi.
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Mohamad Fuzi Harun atas perkhidmatan beliau selaku Ketua Polis Negara selama ini.

“Menerima kunjungan hormat perpisahan sebentar tadi dari Tan Sri Fuzi Harun, Ketua Polis Negara yang akan menamatkan perkhidmatan Sabtu ini. Terima kasih dan setinggi penghargaan atas perkhidmatan selama ini,” katanya dalam laman Facebook beliau, hari ini.

Dr Mahathir turut memuat naik tiga keping gambar yang diambil ketika kunjungan Fuzi di pejabat perdana menteri.

Dr Mahathir menerima kunjungan hormat perpisahan Mohamad Fuzi.
Dr Mahathir menerima kunjungan hormat perpisahan Mohamad Fuzi.

Terdahulu media melaporkan kontrak perkhidmatan Fuzi Harun akan tamat pada Mei ini.

Mohamad Fuzi, yang genap 60 tahun pada 4 Mei ini, dilantik sebagai Ketua Polis Negara pada 4 Sept tahun 2017 bagi menggantikan Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau menyertai Polis Diraja Malaysia sebagai kadet ASP pada 8 Januari 1984. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus