JPJ kesan premis kereta terpakai jual kenderaan kepada warga asing

Mohd Misuari menyampaikan sijil penghargaan kepada wakil Polis Diraja Malaysia Kelantan pada Majlis Penghargaan Sempena Kolaborasi Penguatkuasaan dan Jamuan Hari Raya pada Selasa.
Mohd Misuari menyampaikan sijil penghargaan kepada wakil Polis Diraja Malaysia Kelantan pada Majlis Penghargaan Sempena Kolaborasi Penguatkuasaan dan Jamuan Hari Raya pada Selasa.
A
A
A

KOTA BHARU - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) giat mengesan premis menjual kenderaan terpakai yang aktif menjual kereta kepada warga asing.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan, Mohd Misuari Abdullah berkata, premis berkenaan akan menerima bayaran secara tunai bagi memudahkan urusan dan mengelakkan dikesan.

Menurut beliau, sebuah syarikat sudah dikesan menjual sehingga 10 kenderaan dan tiada pertukaran maklumat pembeli

"Ada beberapa premis yang sudah disenarai untuk diambil tindakan di mahkamah," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penghargaan Sempena Kolaborasi Penguatkuasaan dan Jamuan Hari Raya di sini pada Selasa.