Pengunjung warga China ditahan positif dadah

Sebuah pusat hiburan di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur digempur polis, awal pagi semalam.
Sebuah pusat hiburan di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur digempur polis, awal pagi semalam.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis menggempur sebuah pusat hiburan di Jalan Raja Chulan, di sini, awal pagi semalam, dengan menahan seramai 15 pengunjung warga asing kerana didapati positif dadah.

Pemangku Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintendan Rudy Abdullah berkata, operasi kira-kira jam 2.30 pagi dijalankan membabitkan empat pegawai dan 18 anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kontinjen Kuala Lumpur.

"Dalam pemeriksaan tersebut, seramai 17 pengunjung warga China diperiksa.

"Ujian saringan polis mendapati jumlah yang dikesan positif dadah jenis ketamin adalah seramai 15 orang terdiri daripada tujuh lelaki dan lapan perempuan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kesemua tangkapan kini direman empat hari sehingga esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memasukkan dadah ke dalam tubuh badan.

Sebuah pusat hiburan di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur digempur polis, awal pagi semalam.
Sebuah pusat hiburan di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur digempur polis, awal pagi semalam.

Katanya, jika sabit salah, hukuman atas kesalahan ini adalah denda tidak melebihi RM5,000 atau dikenakan hukuman penjara tidak lebih selama tempoh dua tahun.

Dalam perkembangan lain, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi menjalankan Ops Tapis selama tiga hari bermula Rabu lalu di sekitar Chow Kit, Tiong Nam, Bukit Bintang, Pudu dan San Peng, di sini.

Artikel Berkaitan:

Operasi bagi membanteras pengedaran dan penagihan dadah berjaya menahan seramai 45 orang membabitkan 39 lelaki serta enam wanita yang akan disiasat mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Semakan mendapati dua daripada suspek ini merupakan warga Myanmar (lelaki) dan Vietnam (wanita).

"Polis telah merampas 43 paket plastik disyaki dadah jenis heroin seberat 133.94 gram, 50 biji pil eramin 5, 42 biji pil esktasi, satu paket dadah ekstasi (30.3 gram), 14 tiub straw dadah heroin (2.38 gram) serta 11 paket plastik dadah syabu (8.4 gram)," katanya.