X

Kindly register in order to view this article
!

Motosikal rempuh van, dua sahabat maut

Van yang bertembung dengan motosikal dua pelajar terbabit di Kusial Bharu- Gual Ipoh di sini petang tadi.
A
A

TANAH MERAH - Dua pelajar maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan van di Kusial Bharu - Jalan Gual Ipoh di sini petang tadi.

Mangsa Muhammad Alif Najmi Imran,16 yang membonceng sahabatnya Mohamad Ziyadi Nik Mustapha, 16, terlibat kemalangan itu ketika dalam perjalanan dari Gual Ipoh ke Kusial Bharu kira-kira jam 3.45 petang.

Difahamkan, motosikal ditunggang Muhammad Alif Najmi dipercayai hilang kawalan sebelum masuk ke laluan bertentangan lalu merempuh bahagian hadapan van terbabit.

Muhammad Alif yang menunggang motosikal jenis Honda RS 150 maut di lokasi manakala Mohamad Ziyadi ketika mendapat rawatan di Hospital Tanah Merah (HTM).

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Suzaimi Mohamad berkata, pemandu van cedera turut dirawat di HTM.

"Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes ini disiasat di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!