Pertubuhan Peladang Kedah mohon campur tangan PM

Abd Lateh (duduk tengah) bersama 42 Pengerusi PPK dari seluruh Kedah berharap Tun Mahathir dapat campur tangan dalam membatalkan pindaan kompsisi AJP.
Abd Lateh (duduk tengah) bersama 42 Pengerusi PPK dari seluruh Kedah berharap Tun Mahathir dapat campur tangan dalam membatalkan pindaan kompsisi AJP.
A
A
A

ALOR SETAR - Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Kedah meluahkan rasa kecewa dengan pindaan komposisi Ahli Jemaah Pengarah (AJP) yang akan berkuat kuasa bermula 1 Mei dan mahu Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad campur tangan dalam hal tersebut.

Pengerusi PPN Kedah, Datuk Abd Lateh Mat Saman berkata, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub telah mengambil kuasa ahli-ahli pertubuhan peladang yang digerakkan oleh ahli peladang melalui pelaburan saham dengan menentukan komposisi AJP.

Menurutnya, sebahagian besarnya sebelum ini dipilih oleh ahli peladang dalam mesyuarat agung namun sebaliknya pada hari ini lebih dari separuh adalah merupakan lantikan menteri.

"Pertubuhan peladang bukanlah agensi kerajaan yang boleh melantik sewenang-wenangnya tanpa perundingan dan persetujuan ahli. Pertubuhan ini juga berfungsi hampir sama dengan koperasi di mana penubuhannya berasaskan saham ahli. Prinsip demokrasi adalah teras kepada gerakan pertubuhan peladang.

"Pemilihan sebahagian besar AJP secara autokratik tanpa melalui pemilihan adalah langkah songsang menggoreskan hati dan wadah ahli-ahli pertubuhan peladang.

"Kami mohon agar Perdana Menteri untuk campur tangan dan membatalkan pewartaan ini yang akan berkuat kuasa pada 1 Mei," katanya pada sidang akhbar di sebuah hotel hari ini.

Dalam waktu yang sama, Abd Lateh turut menyokong PPN Kelantan yang menyaman Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Ketua Pendaftar dan Kerajaan Pusat kerana membantah pindaan beberapa peraturan baharu yang dilakukan oleh kementerian tersebut.

Menurutnya, pindaan telah dibuat membabitkan pelantikan dan pemilihan AJP Pertubuhan Peladang di tiga peringkat iaitu Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dan PPN.

Artikel Berkaitan:

"Kekecewaan ini berpunca daripada perubahan yang dibuat berkaitan AJP PPN iaitu seramai 5 orang dilantik oleh Menteri Pertanian secara lantikan menteri, manakala 4 orang lagi dipilih di kalangan ahli iaitu melalui pemilihan semasa mesyuarat agung secara demokrasi.

"Di NAFAS pula 6 AJP yang dilantik oleh menteri manakala 5 lagi AJP dipilih di kalangan ahli iaitu melalui pengundian semasa mesyuarat agung NAFAS,"katanya.