UMNO umpama kucing parsi, dari mahligai ke jalanan

Khairy Jamaluddin. - FOTO ROSLI TALIB
Khairy Jamaluddin. - FOTO ROSLI TALIB
A
A
A

SHAH ALAM - Berbicara tentang UMNO, Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar umpamakan parti itu sebagai ‘kucing parsi’, tidak pernah berada di luar dan hanya hidup di dalam mahligai.

Menurutnya, selepas UMNO kalah dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kucing parsi (UMNO) itu perlu keluar, bersaing dengan kucing jalanan untuk meneruskan hidup.

Begitupun, Khairy Jamaluddin menganggap UMNO berjaya malah mampu bersaing dan meneruskan perjuangan politik mereka.

“Tahun lepas bila UMNO kalah, saya buat ramalan secara pesimis. UMNO saya umpamakan seperti kucing parsi, perlu bersaing dengan kucing jalanan, saya fikir tak lama hayat kucing parsi ini.

“Tapi UMNO buktikan dan kita dapat bertahan, bersaing dengan parti lain,” katanya pada program Bicara Minda Sinar Harian di Dewan Karangkraf, di sini hari ini.

Khairy Jamaluddin turut sempat meluangkan masa menghadiri beberapa mesyuarat Cawangan parti itu baru-baru ini dan mendapati masih ramai ahli UMNO bersemangat menyertainya.

“Ramalan sesetengah pihak kata UMNO akan hilang sebab ahlinya akan berpaling tadah dan berhijrah ke parti lain nampaknya tidak menjadi kenyataan.

“Saya tanya akar umbi, mereka tiada jawatan tapi masih setia kepada UMNO kerana mereka menganggap UMNO adalah tempat untuk orang Melayu,” ujarnya.

Artikel Berkaitan: