KPDNHEP siasat kewujudan 'cili plastik'

Tular video seorang suri rumah yang mendakwa terbeli cili yang disyaki diperbuat daripada plastik. - Foto ihsan pembaca
Tular video seorang suri rumah yang mendakwa terbeli cili yang disyaki diperbuat daripada plastik. - Foto ihsan pembaca
A
A
A

KUALA NERUS - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) tidak akan berkompromi dengan mana-mana peniaga tidak bertanggungjawab menjual 'cili plastik'.

Menteri KPDNHEP, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya memandang serius dakwaan kewujudan cili tiruan diperbuat daripada plastik seperti yang tular di media sosial sebelum ini.

Sehubungan itu, katanya, pasukan penguat kuasa kementerian tersebut sedang melakukan siasatan berhubung dakwaan pengguna terbabit.

"Bagaimanapun, kita memerlukan sedikit masa untuk menyiasat kesahihan dakwaan 'cili plastik' itu memandangkan sebelum ini ia hanya tersebar menerusi media sosial.

Saifuddin mengagihkan pek makanan kepada pelajar golongan B40 sempena pelancaran Food Bank Siswa Malaysia di UniSZA.
Saifuddin mengagihkan pek makanan kepada pelajar golongan B40 sempena pelancaran Food Bank Siswa Malaysia di UniSZA.

"Apa pun, KPDNHEP telah mengambil tindakan proaktif dengan melakukan pemeriksaan di kedai-kedai yang menjual cili terutama di Lembah Klang iaitu lokasi kes itu didakwa berlaku," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan program Food Bank Siswa di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di sini, hari ini.

Sebelum ini, seorang suri rumah berusia 48 tahun telah memuat naik video di akaun media sosialnya mendakwa terbeli cili yang disyaki diperbuat daripada plastik.

Artikel Berkaitan: