BNM lantik dua anggota luar Jawatankuasa Dasar Monetari

Dr Yeah Kim Leng (kiri) dan Dr Gan Wee Beng
A
A

KUALA LUMPUR - Bank Negara Malaysia (BNM) melantik semula Profesor Dr Yeah Kim Leng dan melantik Datuk Dr Gan Wee Beng sebagai anggota luar bagi Jawatankuasa Dasar Monetari BNM berkuat kuasa 1 April, 2019.

Dalam kenyataan hari ini, BNM berkata Kim Leng, profesor ekonomi di Universiti Sunway dilantik semula ke jawatan itu bagi tempoh setahun, manakala Wee Beng, Ahli Lembaga Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) dilantik untuk tempoh dua tahun.

Pelantikan itu dibuat di bawah Akta Bank Negara Malaysia 2009 yang memberi peruntukan kepada pelantikan anggota luar bagi Jawatankuasa Dasar Monetari.

Menurut bank pusat, kedua-dua individu ini akan terus meningkatkan kepakaran dan pengalaman secara kolektif yang berkaitan dengan tanggung jawab dan fungsi jawatankuasa tersebut.

Selain Kim Leng dan Wee Beng, anggota jawatankuasa itu turut disertai tujuh yang lain iaitu Gabenor Datuk Nor Shamsiah Yunus, Timbalan Gabenor Abdul Rasheed Ghaffour dan Jessica Chew Cheng Lian, dan Penolong Gabenor, Norzila Abdul Aziz dan Marzunisham Omar.

Jawatankuasa Dasar Monetari bertanggungjawab untuk merumuskan dasar monetari dan polisi bagi pengendalian operasi dasar monetari.

Dasar monetari dirumuskan dan dilaksanakan secara autonomi oleh BNM, seperti yang termaktub dalam Akta Bank Negara Malaysia 2009.