Sultan Ibrahim terima kunjungan Putera Mahkota Fujairah

Sultan Ibrahim (kiri) menerima kunjungan Putera Mahkota Fujairah (tengah) dan Duta Filipina (kanan) di Istana Bukit Serene, hari ini.
Sultan Ibrahim (kiri) menerima kunjungan Putera Mahkota Fujairah (tengah) dan Duta Filipina (kanan) di Istana Bukit Serene, hari ini.
A
A
A

JOHOR BAHRU - [DIKEMASKINI] Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menerima kunjungan Putera Mahkota Fujairah, Sheikh Mohammed Hamad, hari ini.

Kunjungan putera sulung pemerintah tertinggi dari negara Emiriah Arab Bersatu (UAE) itu berlangsung di Balai Mengadap Istana Bukit Serene, di sini.

Dalam pertemuan itu, turut menyaksikan Sultan Johor menerima kunjungan delegasi Filipina yang diketuai duta negara tersebut, Charles C Jose.

Menerusi perkongsian di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, kerabat diraja dan tetamu kehormat berkenaan dilihat sedang melakukan perbincangan dan berkongsi pendapat antara satu sama lain.

Difahamkan, Sultan Ibrahim juga berkenan meluangkan masa dengan menjemput kedua-dua pemimpin tersebut untuk makan tengah hari bersama baginda.

Untuk rekod, Sultan Johor adalah merupakan antara kerabat diraja dari Malaysia yang sering dikunjungi pemimpin dan tokoh terkenal di seluruh dunia.

Tuanku Sultan Johor juga sering dijemput untuk bertemu dengan pemimpin dunia dan terbaru baginda berkunjung ke Bahrain untuk bertemu Raja Bahrain, Raja Hamad Isa Salman Al-Khalifa.

Artikel Berkaitan: