Suami isteri direman salah guna kuasa

Pasangan suami isteri ini dibawa ke Komplek Mahkamah Kuala Terengganu bagi mendapatkan perintah tahanan reman hari ini
Pasangan suami isteri ini dibawa ke Komplek Mahkamah Kuala Terengganu bagi mendapatkan perintah tahanan reman hari ini
A
A
A

KUALA TERENGGANU- Penolong jurutera sebuah agensi kerajaan di Hulu Terengganu dan isteri direman bermula hari ini kerana disyaki salah guna kuasa sejak 2015 hingga tahun lepas.

Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret/Sesyen Kuala Terengganu, Roszita Md Saad membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan reman lelaki berusia 42 tahun itu enam hari sehingga Sabtu ini manakala isterinya, 38, direman lima hari sehingga Jumaat ini.

Ia bagi membolehkan siasatan mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijalankan.

Semalam, suspek ditahan di pejabatnya kira-kira jam 11.20 pagi manakala isterinya yang juga pekerja swasta ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM, kira-kira jam 5.55 petang.

Suspek disyaki menggunakan lesen kontraktor kenalannya yang mana dia mempunyai kepentingan dalam menyelia dan mengesahkan kerja-kerja berkaitan.

Manakala isterinya disyaki bersubahat atas kesalahan yang dilakukan itu.

Artikel Berkaitan: