Al-Baghdadi cuba lintasi sempadan Syria-Iraq

Tentera Iraq menawarkan ganjaran AS$25 juta (RM103 juta) untuk mendapatkan maklumat tentang al-Baghdadi.
Tentera Iraq menawarkan ganjaran AS$25 juta (RM103 juta) untuk mendapatkan maklumat tentang al-Baghdadi.
A
A
A

DAMSYIK - SYRIA. Pegawai risikan Iraq mendakwa pemimpin Daesh, Ibrahim al-Samarrai atau Abu Bakr al-Baghdadi cuba untuk melintasi sempadan Syria ke wilayah Anbar di Iraq.

Rangkaian berita Rusia, RT dalam bahasa Arab melaporkan al-Baghdadi dipercayai bersembunyi di kawasan pergunungan Abu Rajmin di timur laut bandar purba Palmyra di wilayah Homs.

"Dia cuba memasuki Iraq selama beberapa minggu, namun tidak berjaya kerana langkah keselamatan yang ketat di sempadan Iraq-Syria," lapornya memetik kenyataan sumber pegawai risikan terbabit.

Menurutnya, pemimpin Daesh kini disokong sekumpulan kecil pembantu rapat dan kebanyakannya adalah rakyat Tunisia dan Iraq.

"Kekalahan kumpulan itu di Syria dipercayai mendorong al-Baghdadi untuk kembali ke Iraq," jelas sumber itu lagi.

Pada 3 April lalu, pesawat tentera kerajaan menggugurkan risalah di kawasan gurun wilayah Anbar dan kawasan perkampungan bersempadan dengan Syria, Jordan dan Arab Saudi menawarkan ganjaran jutaan dolar untuk mendapatkan maklumat yang akan membawa kepada penangkapan al-Baghdadi. - Agensi

Artikel Berkaitan: