Jadi duta hapus denggi

Keunikan Skuad Patrol Denggi SMK Convent Taiping turut mendapat perhatian wakil guru sekolah dari Thailand yang mengadakan lawatan ke sekolah itu baru-baru ini.
Keunikan Skuad Patrol Denggi SMK Convent Taiping turut mendapat perhatian wakil guru sekolah dari Thailand yang mengadakan lawatan ke sekolah itu baru-baru ini.
A
A
A

TAIPING - Seramai 40 murid Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent Taiping bertindak menjadi duta remaja bagi kempen menghapuskan denggi apabila menyertai Skuad Patrol Denggi sekolah itu yang dilancarkan 1 April lalu.

Anggota Skuad Patrol Denggi SMK Convent Taiping giat menyantuni kanak-kanak yang menyertai pertandingan mewarna di Program Jalinan Zoo Taiping, minggu lalu.
Anggota Skuad Patrol Denggi SMK Convent Taiping giat menyantuni kanak-kanak yang menyertai pertandingan mewarna di Program Jalinan Zoo Taiping, minggu lalu.

Setiausaha Program Skuad Patrol Denggi SMK Convent Taiping, Zainab Abd Rahman berkata, kesemua peserta skuad terdiri pelajar Tingkatan 3 dan 4 menyahut inisiatif Jabatan Pendidikan Perak menganjurkan kempen menangani wabak denggi melalui pertandingan Patrol Denggi peringkat negeri.

Menurutnya, pendekatan proaktif ini bertujuan membentuk pelajar sebagai agen perubahan yang mampu membantu menyedarkan masyarakat mengenai bahaya nyamuk Aedes dan denggi.

“Justeru, hampir 30 aktiviti dirancang Skuad Patrol Denggi SMK Convent Taiping antaranya program gotong-royong bersama komuniti, edaran risalah mengenai denggi, penyebaran maklumat di media sosial dan pameran kempen menangani wabak denggi.

“Selain itu, program itu bertujuan memberi pendidikan mengenai bahaya denggi dan cara menanganinya bukan sahaja kepada pelajar bahkan guru, ibu bapa dan masyarakat,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Zainab (kiri) bersama beberapa tetamu dari negara Finland yang turut menyokong penubuhan Skuad Patrol Denggi SMK Convent Taiping baru-baru ini.
Zainab (kiri) bersama beberapa tetamu dari negara Finland yang turut menyokong penubuhan Skuad Patrol Denggi SMK Convent Taiping baru-baru ini.

Zainab berkata, pihaknya berharap program Skuad Patrol Denggi SMK Convent Taiping yang sedang giat dipromosi sama ada dalam media sosial mahupun media massa ketika ini, mendapat sokongan padu masyarakat setempat.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, pihaknya bersyukur pelancaran skuad itu disokong sepenuhnya Pengetua SMK Convent Taiping, Saharidah Sahaban, penolong-penolong kanan, warga guru sekolah itu, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan.

Skuad Patrol Denggi SMK Convent Taiping mengadakan sesi perkongsian mesej kempen membasmi denggi di Sekolah Kebangsaan(SK) Kampung Jambu, Taiping.
Skuad Patrol Denggi SMK Convent Taiping mengadakan sesi perkongsian mesej kempen membasmi denggi di Sekolah Kebangsaan(SK) Kampung Jambu, Taiping.

“Pihak sekolah ingin mengajak masyarakat untuk membantu mempromosi kempen kami dalam bentuk ‘Like’ dalam laman sosial, khidmat komuniti, seni persembahan dan kuiz.

“Saya menyeru rakyat negara ini terutama penduduk daerah Larut, Matang dan Selama membantu mengikuti laman Facebook kami atas akaun SMK Convent Taiping Dengue Patrol selain platform Instagram, Youtube dan dan blog kami,” katanya.