'Malaysia bebas imej buruk kleptokrat'

Zuraida Kamaruddin
Zuraida Kamaruddin
A
A
A

PUTRAJAYA - Pakatan Harapan (PH) telah membawa satu perubahan besar kepada negara kerana tidak lagi dikenali sebagai kerajaan kleptokrat sebaliknya sebuah kerajaan yang bersih.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, rakyat sebenarnya kini boleh berlapang dada dengan perubahan besar yang dibawa kerajaan berbanding ketika negara masih di bawah Kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Mungkin ada antara kita sudah terlupa bahawa permasalahan yang dihadapi kini bukanlah suatu perkara baharu kerana sebahagian besarnya diwarisi PH daripada kerajaan terdahulu.

“Sudah tentu kita memerlukan masa untuk memulihkan semuanya lebih-lebih lagi dengan situasi ekonomi, politik dan sosial yang sedang kita hadapi sekarang.

“Namun begitu, kita boleh berlapang dada kerana imej dan nama negara yang dahulunya dikenali sebagai sebuah kerajaan kleptokrasi kini dibersihkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan yang dikeluarkan oleh pusat kajian, Merdeka Center yang mendapati kadar sokongan terhadap kerajaan PH merosot kepada 39 peratus berbanding 79 peratus pada Mei tahun lalu.

Zuraida berkata, dalam beberapa kaji selidik yang dilakukan juga jelas membuktikan bahawa kerajaan hari ini berjaya menangani gejala rasuah yang dahulu menjadi barah dan merencatkan pembangunan negara.

“Malaysia sedang berada di landasan yang betul dengan pelbagai inisiatif dirancang dan dilaksanakan untuk meningkatkan keupayaan negara.

Artikel Berkaitan:

“Saya ingin menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk terus memberikan sokongan padu kepada kerajaan,” katanya.

Artikel Disyorkan
No Image Caption
Kerajaan PH

Wibawa Parlimen dikembalikan

No Image Caption
Kerajaan PH

Debat undang-undang, Perlembagaan semakin rancak