Angka kematian kakitangan Pemilu cecah lebih 270 orang

Kebanyakan kakitangan yang meninggal dunia itu dipercayai akibat keletihan melampau kerana mengira kertas undi secara manual.
Kebanyakan kakitangan yang meninggal dunia itu dipercayai akibat keletihan melampau kerana mengira kertas undi secara manual.
A
A
A

JAKARTA - INDONESIA. Lebih 270 kakitangan pilihan raya Indonesia meninggal dunia kira-kira 11 hari selepas Pemilihan Umum (Pemilu 2019) diadakan di negara itu.

Hari ini, pegawai pilihan raya memaklumkan punca kematian mereka adalah disebabkan keletihan melampau kerana mengira kertas undi secara manual.

“Sehingga malam Sabtu, 272 kakitangan pilihan raya disahkan meninggal dunia manakala 1,878 lagi jatuh sakit,” kata jurucakap Suruhanjaya Pemilihan Umum (KPU), Arief Priyo Susanto.

Minggu lalu, Kementerian Kesihatan telah mengeluarkan surat menggesa pusat kesihatan memberikan jagaan rapi kepada staf pilihan raya yang sakit.

Pemilihan pada 17 April lalu menyaksikan 80 peratus daripada 193 juta pengundi menunaikan tanggungjawab di lebih 800,000 pusat pengundian. - Reuters

Artikel Berkaitan: