Ibu MB Perak meninggal

Ahmad Faizal ketika memohon restu ibunya (tengah) selepas Majlis Angkat Sumpah Menteri Besar tahun lalu.
Ahmad Faizal ketika memohon restu ibunya (tengah) selepas Majlis Angkat Sumpah Menteri Besar tahun lalu.
A
A
A

IPOH - Ibu kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu meninggal dunia, hari ini.

Datin Zaliha Nordin, 79, menghembuskan nafas terakhir pada jam 7.25 malam, tadi.

Pejabat Menteri Besar Perak dalam satu kenyataan ringkas berkata, jenazah akan dibawa ke kediaman rasmi Menteri Besar Perak di Jalan Raja Dihilir di sini.

Menurut kenyataan tersebut, Allahyarham meninggal dunia di Kampung Sungai Rokam akibat sakit tua dan jenazah akan disemadikan di Masjid Kepayang di sini kira-kira jam 10 pagi esok.

Artikel Berkaitan: