Pasangan warga emas melecur dalam kebakaran

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
A
A

KUCHING - Sepasang suami isteri warga emas melecur dalam kejadian kebakaran yang meranapkan rumah mereka di Jalan Simpang Pakan lewat malam tadi.

Nelson Bada berusia 76 tahun, melecur pada kepala, kedua-dua kaki serta bahagian belakang badan manakala isterinya Leta Ak. Gemong, 61, melecur pada kaki kanan dan tangan kanan.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, kedua-dua mangsa diberi rawatan awal oleh Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Sarikei, sebelum dihantar ke Hospital Sarikei.

Katanya, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.50 malam dan segera mengerahkan pasukan bomba dan penyelamat dari Balai Bomba Sarikei ke tempat kejadian dan api berjaya dipadam sepenuhnya pada pukul 12.43 tengah malam. - Bernama


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia